Pengikut


Tempat-tempat menarik yg boleh dikunjungi..


TEMPAT-TEMPAT MENARIK


kubung.jpg
TEROWONG TANJUNG KUBONG
Selama setengah abad lamanya iaitu dari tahun 1849 hingga 1911, terowong ini merupakan pusat aktiviti melombong arang batu. Rangkaian terowong bawah tanah yang luas ini adalah salah sebuah mercu tanda bersejarah yang paling penting di Labuan.
Terowong ini dikendalikan oleh beberapa buah syarikat Inggeris selama 64 tahun. Sewaktu pentadbiran syarikat New Central Borneo, sebatang landasan keretapi sepanjang 8 km di bina dari sini ke Pelabuhan Victoria bagi memudahkan kerja-kerja mengekspot arang batu dan membolehkan operasi terowong arang batu di sini berkembang maju. Malangnya beberapa insiden kemalangan mengakibatkan penutupan lombong ini pada tahun 1911.
Kini yang tinggal ialah kawah dan terowong yang digali dahulu, batu-bata, kabel dan bahagian-bahagian keretapi yang bertaburan di atas tanah. Pelawat boleh memasuki terowong yang rendah menggunakan tali dan keluar di bahagian atas tetapi ini perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Di seberang jalan, bersebelahan Chimney, ialah sebuah telaga selebar 10 kaki dan sedalam 100 kaki. Pintu masuk ke terowong-terowong lain yang masih belum diterokai boleh ditemui di bahagian bawah telaga ini.
birdpark.jpg
TAMAN BURUNG
Taman burung yang tenteram ini telah di reka dengan landskap taman yang menarik serta lorong-lorong untuk berjalan kaki. Ianya mempunyai tiga buah sangkar gergasi berbentuk kubah yang di kelilingi pokok-pokok besar dan pokok bunga. Jika anda inginkan suasana tenteram, pergilah bersiar-siar di taman ini, di mana anda boleh menjiwai keindahan tumbuhan dan mengagumi pelbagai jenis unggas tropika yang boleh dijumpai di merata rantau ini hanya di satu tempat.
Taman Burung Labuan menempatkan pelbagai jenis burung dari Borneo yang lazimnya hanya kelihatan di hutan tebal di pedalaman Borneo. Terdapat rancangan untuk mengumpul sejumlah besar dari 580 spesis burung yang boleh ditemui di setiap habitat di Borneo. Tidak seperti aktiviti memerhati burung di hutan, pelawat di sini tidak perlu bersusah payah meredah hutan sambil mengangkut peralatan berat untuk menyaksikan kecantikan burung di sini.
peace-28jul2006-1541021
TAMAN DAMAI
Taman Damai di Layang-Layangan, terletak berhampiran Tapak Penyerahan (Surrender Point), tempat di mana Tentera jepun Selatan ke-32 menyerah diri kepada Angkatan Tentera DiRaja Australia ke-9 pada 9 September 1945.
Tentera Jepun tiba di Labuan pada 1 Januari 1942, tidak sampai sebulan selepas memasuki Malaya di Kota Bharu. Mereka mengambil alih kuasa ke atas pulau ini secara rasmi pada 3 haribulan tanpa sebarang tentangan.
Taman Damai ini dibina bagi memperingati dan menolak kekejaman yang berlaku sewaktu peperangan. Ianya menjadi lokasi arca peringatan yang di kelilingi taman berlandskap serta astaka.
Kolam-kolam kecil dihias jambatan batu dan tempat duduk, semuanya mempunyai pengaruh ilham Jepun. Sebuah arca gangsa bagi memperingati penyerahan tentera Jepun, dibina di atas sebuah bongkah batu besar berhampiran pintu masuk ke sini.

watervill-28jul2006-1544111
KAMPUNG AIR
Kunjungan ke Labuan tidak sempurna sekiranya anda tidak melawat Kampung Air. Terdapat dua buah perkampungan air di Labuan - Kampung Bebuloh dan Kampung Patau-Patau yang menjadi tempat kediaman penduduk Melayu-Brunei.
Rumah-rumah di sini yang terbina di atas air di pinggir pantai diperbuat daripada kayu dan terletak di atas tiang-tiang yang tinggi dan bersambung antara satu sama lain menggunakan laluan-laluan kayu.
Hampir setiap tuan rumah yang tinggal di sini mempunyai bot masing-masing. Ada antara rumah di sini yang agak besar saiznya dan dilengkapi anjung yan dihias indah serta terbuka kepada laluan angin laut.
chimney.jpg
CHIMNEY
Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney’ – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney’ dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney’ dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney’ masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney’. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney’ telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.
dataran.jpg
DATARAN LABUAN
Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney’, mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.
muzium_marin
MUZIUM MARIN
Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays’, ‘butterfly fish’, ‘angel fish’, ‘damsels’, ‘wrasses’, belut ‘moray’, ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays’, reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins’, aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs’ dan ‘crustacean’.
sea_sport.jpg
KOMPLEKS SUKAN LAUT
Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.
tugu_penyerahan_jepun.jpg
TUGU PENYERAHAN JEPUN
Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.
pulau_layang.jpg
PULAU LAYANG LAYANG
Layang-Layang Atau ‘Terumbu Telan’ adalah satu atol lautan, yang terletak kira-kira 300 km utara Labuan berdekatan gugusan pulau Spratly yang terkenal. Ia adalah satu penerjunan terbaik di dunia dan syurga untuk memancing. Bagi sesetengah pihak, ia dikenali sebagai " Mekah Asia Tenggara bagi ikan besar dan menyelam dinding". Dindik karangnya mencecah 2000 meter kebawah Lautan Cina Selatan. Perairan panasnya adalah jelas dengan jarak penglihatan sejauh 60 meter, memberi penyelam-penyelam satu pandangan jelas bagi dunia dalam air yang mengagumkan. Beting-beting besar ‘pelagic’, termasuk barakuda, ikan becu dan yu tukul kerap di perairan ini. Seorang operator pelancongan mengatakan bahawas, sekumpulan ikan-ikan jerung kepala tukul, dalam anggaran seratus ekor, sering menziarahi Layang-Layang. Manta dengan bidang sirip sepanjang 10 kaki boleh juga dijumpai di sini. Penduduk-penduduk lain termasuk ‘Napoleon Wrasse’, ‘Hawksbill Turtle;s, ‘Dog tooth tuna’, ‘Giant hammerhead wrasse’ dan ikan jerun ‘White tip reef’.

Atol mempunyai lapangan terbang 1,067 meter dan pusat peranginan tiga bintang dengan 90 bilik yang selesa. Setiap bilik adalah berhawa dingin dengan kemudahan swasta dan lengkap dengan TV, peti ais, katil bersaiz besar dan balkoni yang menghadap lautan. Terdapat restoran yang boleh memuatkan 200 orangi, pusat penerjunan PADI dengan perkhidmatan penuh, satu kolam air yang bebas dan kedai cenderamata. Ini merupakan pulau yang harus disinggahi penyelam serius dan pemancing.


















Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...